Posted by Unknown on Senin, April 13, 2015 in Islami | No comments
Shalat Sunnat Istikharah
Shalat
ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam
keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang
diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil
keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak
atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan
setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh
yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk
memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan shalat
istikharah dua rakaat.
Dengan
mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang
terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan
pilihan, ulangilah shalat istikharah dan membaca doanya, walaupun
pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal
kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah
‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan,
yakinlah bahwa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan
merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan
keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah
digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan
mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap
mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Shalat Istikharah adalah
Shalat Sunnat dua raka’at dengan tujuan disamping beribadah kepada
Allah SWT, juga untuk meminta petunjuk atau memohon pilihan sesuatu yang
baik dan cocok kepada Allah SWT terhadap salah satu diantara dua atau
lebih dari yang lebih baik dan lebih cocok sehingga hatinya mantap dan
tidak bimbang serta tidak menyesal di kemudian hari.
Tata Cara mengerjakan Sholat Sunnat Istikharah
Cara
mengerjakan Sholat Sunnat Istikharoh itu sama seperti mengerjakan
Shalat Sunnat yang lain, baik gerakkannya maupun bacaannya yang
dimulai dari takbirotul Ikhrom dan diakhiri dengan Salam, hanya saja
niatnya yang berbeda yaitu niat Shalat Istikharah. Dan waktunya boleh
siang, boleh malam hari, tetapi yang lebih baik dilaksanakan pada malam
hari menjelang tidur. Sangat
baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati
lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Shalat ini
sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Shalat
ini tidak memakai azan atau iqamah. Kemudian
setelah selesai mengerjakan Shalat lalu berdo’a dan menyebut nama-nama
atau yang lain yang menjadi pilihannya sampai tidur.
Lafadh Niat Shalat Sunnat Istikharah
اُصَلِّي سُنَّةَ الْاِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَاليٰ
Aku niat mengerjakan Shalat Sunnat Istikharah dua raka’at karena Allah Swt.
BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SHaLAT ISTIKHARAH
Shalat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika shalat Istikharah,
Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah
bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.
Shalat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yangmubah (harus)
baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun
tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema
itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya
dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan
untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah
jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu
melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan
hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat
kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk
kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan
kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun
demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُون
Maksudnya:
…dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
Shalat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan Shalat-shalat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doaIstikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan shalat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan shalat tanpa niat Istikharah, namun setelah shalat timbul keinginan untuk memanjatkan doaIstikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa
seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu
diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan
merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu
keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’alatelah pilih untuknya.
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SHALAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4) Membaca doa Istikharah
DALIL DISYARI’ATKAN SHALAT ISTIKHARAH
Shalat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallampernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika
salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu,
hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu
kemudian membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ
كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي
وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْقَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ
عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ
أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu,
memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang
sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak
berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau
yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan)
lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau
mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka
tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan
berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau
mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang -
maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta
tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.
Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.
BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SHALAT ISTIKHARAH
Shalat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah,
Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah
bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.
Shalat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yangmubah (harus)
baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun
tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema
itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya
dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan
untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah
jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan Shalat Istikharah itu
melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan
hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat
kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk
kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan
kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun
demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُون
Maksudnya:
…dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
q Shalat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan shalat-shalat sunat seperti shalat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqirahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan shalat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah shalat timbul keinginan untuk memanjatkan doaIstikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
q Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
q Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahwa
seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu
diambil setelah mengerjakan shalat tersebut. Namun seseorang itu akan
merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu
keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
Apabila bila belum diberi petunjuk oleh Allah Swt, maka shalat istikharah lagi sampai mendapat petunjuk dari Allah Swt
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Komentar Disini