Posted by Unknown on Selasa, April 14, 2015 in Islami | No comments
Bismillah. As-sholatu wassalamu ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi washohbihi ajmain. Amma ba’du. Saya akan membawakan beberapa hadis daif untuk tujuan amalan pendinding diri apabila keluar rumah. Ada dua doa iaitu Amalan Pendinding Keluar Rumah bersumber dari Hadis Dhaif sebagai langkah membuang amalan khurafat dan syirik dan alternatif untuk tidak lagi menggunakan tangkal dan wafak yang karut dan tahyul. Ada yang tertanya-tanya melalui e-mel,
amalan apakah paling sesuai untuk keluar rumah? Ada dalil dari hadiskah?
Pembaca yang dikasihi Allah, saya pernah mendapat amalan keluar dari rumah melalui ummi saya, iaitu dengan membaca
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
dengan nama Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan dengan pertolongan Allah (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan ambil air liur di
lelangit kemudian calit di dahi tempat sujud. Amalan ini adalah tradisi
orang Kelantan dengan lafaz berbeza. Amalan mencalit ini hanyalah
sebagai pemanis apabila keluar rumah dapat bacaan basmallah tadi sebagai
pendinding. Maka, di sini saya akan lanjutkan lagi dengan dua doa yang
bersesuaian berlandaskan sandaran hadis yang daif tetapi sesuai untuk
dijadikan amalan keluar rumah sebagai bertujuan menggantikan lafaz
mantera yang pelik dan aneh serta tidak difahami maksudnya. Kemudian
barulah saya terangkan kenapa lafaz zikir di atas dijadikan ayat
pelindung keluar rumah.
Saat keluar rumah, disunatkan solat sunat dua rakaat,
sama ada mahu musafir, mahu ke suatu tempat atau majlis atau ketika temu
duga kerja atau untuk mendapatkan kontrak tender dan juga untuk
golongan ahli politik dan pemerintah. Tetapi, ada yang mula terasa
sangat berat untuk melakukan solat sunat sedangkan solat wajib tidak
tertegak, jika berdiri pun, di saat lewat di hujung waktu. Keberatan ini
yang mendorong kita mencari jalan mudah dan akhirnya hanya membawa
wafak atau tangkal sebagai pendinding diri. Maka, di sini saya
bentangkan beberapa kemudahan yang boleh dijadikan pilihan sebagai
amalan bagi membuang semua pekerjaan syirik yang telah tidak
disengajakan diamalkan oleh kita sejak bertahun-tahun lamanya. Inilah
doanya:
حَدَّثَنَا
أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ
عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ مَنْزِلِهِ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu
Syaibah telah menceritakan kepada kami 'Abidah bin Humaid dari Manshur
dari As Sya'bi dari Ummu Salamah bahwa apabila Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam keluar dari rumahnya, beliau mengucapkan: "Allahumma inni
a'uudzubika an adzilla au azilla, au adzlima au udzlama, au ajhala au
yujhala 'alaya (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari tersesat atau
tergelincir, atau dari berbuat kezaliman mahupun di zalimi atau berbuat
kebodohan mahupun di bodohkan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah hadis yang sama dengan jalur yang berbeza juga riwayat Abu Daud, Thabrani dan Tirmizi disahihkan Al-Albani)Dalam
riwayat ini terdapat rawi bernama Manshur bin Al Mu'tamir di Kalangan
Tabi'in yang tidak jumpa Shahabat. Tertuduh berdusta dan darjat hadisnya
seperti hadis palsu, tetapi tidak dapat dipastikan bahawasanya hadis
tersebut hadis palsu, kerana keadaan dirinya mengakibatkan darjat
hadisnya turun mendekati hadis palsu.
Doa Kedua: Zikir Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahi.
Berlanjutan dari tajuk artikel, kini saya tampilkan
hadis riwayat Ibnu Majah ini yang kerap menjadi amalan orang tua dan
ulama apabila keluar dari rumah. Ia tidak asing lagi dan sangat mudah
dihafal malah saya sendiri percaya, ramai yang beramal dengannya.
Menurut Ya’qub bin Humaid bin Kasib, beliau mendapat hadis ini di mana
saat rasulullah keluar rumah, pasti baginda membaca zikir seperti
berikut:
حَدَّثَنَا
يَعْقُوبُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ
إِسْمَعِيلَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حُسَيْنِ بْنِ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ
عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ
مِنْ بَيْتِهِ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ التُّكْلَانُ عَلَى اللَّهِ
Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Humaid bin
Kasib telah menceritakan kepada kami Hatim bin Isma'il dari Abdullah bin
Husain bin 'Atha` bin Yasar dari Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya
dari Abu Hurairah bahawaapabila Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam apabila keluar dari rumahnya beliau mengucapkan: "Bismillah Laa
Haula Walaa Quwwata Illa Billahi at tuklaa-nu 'alallah (Dengan nama
Allah, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah, dan
bersandar kepada Allah)." (Hadis dhaif ini riwayat Ibnu Majah dengan
sanad kerana terdapat Abdullah bin Al Husain bin 'Atha' bin asardi
Kalangan Tabi'in kalangan pertengahan). Jalur
rawi hadis ini banyak bermasalah dari segi hafazan kecuali Dzakwan.
Didhaifkan oleh Abu Zar'ah, Imam Bukhari dan Ibnu Hibban.
Dinyatakan juga ucapan Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa
Billaah merupakan salah satu pintu syurga berdasarkan hadis daif ini.
Seperkara yang saya ingin sampaikan, saya menyertakan status hadis
berkenaan. Ini kerana saya mengambil langkah agar saudara yang dikasihi
yang ingin mengamalkan zikir ini mendapat manfaat ilmu dari hadis yang
diketahui sanadnya. Rasulullah (menurut hadis ini) berkata, zikir Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaahmerupakan satu pintu dari pintu syurga.
حَدَّثَنَا
وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ مَنْصُورَ بْنَ
زَاذَانَ يُحَدِّثُ عَنْ مَيْمُونِ بْنِ أَبِي شَبِيبٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ
سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ أَنَّ أَبَاهُ دَفَعَهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْدُمُهُ فَأَتَى عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ قَالَ
فَضَرَبَنِي بِرِجْلِهِ وَقَالَ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى بَابٍ مِنْ
أَبْوَابِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا
بِاللَّهِ
Telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir telah
menceritakan kepada kami bapakku berkata; saya telah mendengar Manshur
bin Zadzan menceritakan dari Maimun bin Abu Syabib dari Qais bin Sa'd
bin 'Ubadah bapaknya menyerahkan (Qais bin Sa'd Radiallahuanhu) kepada
Nabi Shallallahu 'alaihiwasallam sebagai pembantunya. Lalu Nabi
Shallallahu'alaihiwasallam datang kepadaku setelah saya sol`t dua
rekaat. (Qais bin Sa'd Radliyallahu'anhu) berkata; lalu (Rasulullah
Shallallahu 'alaihiwasallam) menendangku dengan kakinya dan bersabda: mahukah
kamu saya tunjukkan salah satu pintu dari pintu syurga? saya menjawab,
Ya. (Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam) bersabda: Laa Haula Wa Laa
Quwwata Illaa Billaah (tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
izin Allah). (Hadis Daif riwayat Ahmad, semua rantai perawi hadis ini
daif ditambah pula dengan Maimun seorang yang majhul)
Harapan saya agar saudara yang dihormati memahami bahawa
ia hanya kiasan bagi pintu syurga sebagaimana hadis yang dilafazkan di
atas. Syurga adalah perkara ghaib, tidak terjangkau fikiran kita
menggambarkannya. Hanya Allah mengetahuinya. Sama dengan kiasan “Allah
dekat dengan urat merih kita” iaitu:
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia
dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah
Qaaf: 16)
Ayat ini bukan menunjukkan Allah berada di dalam diri
sebagaimana tarekat tasawuf menjelaskan secara panjang lebar hingga
menerawang dari matlamat asal. Ayat di atas menceritakan bahawa Allah
itu terasa dekat jika kita merinduNya. Saya cuba datangkan suatu ibarat;
dua pasangan suami isteri baru bernikah dan saling kasih mengasihi,
apabila si suami berada jauh dari isteri, si isteri menelafon suaminya.
Lalu si isteri bertanya, “kekanda rindu adinda?” Lalu si suami menjawab, “rindu serindu-rindunya, walaupun jauh, tetapi dekat di hati. Terasa kau sentiasa ada di sisi, rasa dekat di dalam jantung ini”
Saya hairan kerana ahli tasawuf menjadikan ayat ini
sebagai dalil bahawa Allah di mulut, di tangan, di kaki, di mata, di
tengkuk, dalam darah dan berbagai-bagai lagi. Inilah kesalahan fatal
dalam tarekat tasawuf sufiyyah. Lalu mereka mengambil hadis ini:
حَخَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا
مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو
هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ إِذَا تَلَقَّانِي عَبْدِي
بِشِبْرٍ تَلَقَّيْتُهُ بِذِرَاعٍ وَإِذَا تَلَقَّانِي بِذِرَاعٍ
تَلَقَّيْتُهُ بِبَاعٍ وَإِذَا تَلَقَّانِي بِبَاعٍ أَتَيْتُهُ بِأَسْرَعَ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rafi'
telah menceritakan kepada kami 'Abdurrazzaq telah menceritakan kepada
kami Ma'mar dari Hammam bin Munabbih dia berkata; ini adalah yang Abu
Hurairah telah menceritakan kepada kami dari Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah 'azza wajalla
berfirman: 'Jika hamba-Ku mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku akan
mendekat padanya satu hasta, dan jika dia mendekat kepada-Ku satu hasta,
maka Aku akan mendekat padanya satu depa, jika dia mendekat kepada-Ku
dengan satu depa maka Aku akan mendekat kepadanya lebih cepat lagi.'
(Hadis Sahih Muslim)
Mereka menyandarkan hadis ini sebagai bukti Allah di
mana-mana. Mereka mula terjerat. Mereka semakin ego dengan hujah
masing-masing. Anak murid dan pengikut sudah menjadi ramai, alangkah
malu jika menarik balik kata-kata setelah tahu kebenaran yang sebenar.
Saudara yang dimuliakan Allah, patutkah kita berkata
Allah di mana-mana? Bukankah Allah itu Maha Besar? Maha Mengetahui? Maha
Mendengar? Perlukah Allah berada di mana-mana untuk menjaga kita, atau
cukup hanya sekadar Allah di Langit dan dengan ilmuNya, dia tahu di mana
kita, apa kita lakukan, apa kita buat, apa kita bisik, apa dalam hati
kita? kaum yang menyandarkan aqidah mereka kepada Imam Abul Hasan
Ali bin Ismail Al-Asy’ary, yaitu ; mereka mempunyai i’tiqad
(berpendapat) :
”ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DIMANA-MANA .!?”
Yang peliknya, orang yang menyandarkan diri mereka beraqidah al-asyariyyah berkata Allah di mana-mana sedangkan: Berkata Imam Abul Hasan Al-Asy’ary di kitabnya ”Al-Ibanah Fi Ushulid-diayaanah hal : 4 setelah membawakan ayat di atas : ”Di atas langit-langit itu adalah ‘Arsy, maka tatkala ‘Arsy berada di atas langit-langit. Ia berfirman : ”Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang berada di atas langit ?” Karena sesungguhnya Ia istiwaa (bersemayam) di atas ‘Arsy yang berada di atas langit, dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan ‘As-Samaa” (langit), maka ‘Arsy berada di atas langit. Bukankah yang dimaksud apabila Ia berfirman : ”Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang diatas langit ?” yakni seluruh langit ! Tetapi yang Ia kehendaki adalah ‘Arsy yang berada di atas langit”.
Untuk lebih lanjut lagi tentang keberadaan Allah di langit, saya telah bincangkan di http://ibnnajib.blogspot.com/2012/01/di-mana-allah-allah-di-langit-dengan_26.html
Saya akan menjelaskan salah satu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, yang telah hilang dari dada sebagian kaum muslimin, yaitu : tentang istiwaa Allah di atas Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya. Sehingga bila kita bertanya kepada saudara kita ; Dimana Allah ? Kita akan mendapat dua jawaban yang bathil bahkan sebagiannya kufur..! :
1. Allah ada pada diri kita ini ..!
2. Allah dimana-mana di segala tempat !
Jawaban yang pertama berasal dari kaum wihdatul wujud (kesatuan wujud Allah dengan manusia) yang telah dikafirkan oleh para Ulama kita yang dahulu dan sekarang. Sedangkan jawaban yang kedua keluar dari kaum Jahmiyyah (faham yang menghilangkan sifat-sifat Allah) dan Mu’tazilah, serta mereka yang sefaham dengan keduanya dari ahlul bid’ah. Tamat.
”ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DIMANA-MANA .!?”
Yang peliknya, orang yang menyandarkan diri mereka beraqidah al-asyariyyah berkata Allah di mana-mana sedangkan: Berkata Imam Abul Hasan Al-Asy’ary di kitabnya ”Al-Ibanah Fi Ushulid-diayaanah hal : 4 setelah membawakan ayat di atas : ”Di atas langit-langit itu adalah ‘Arsy, maka tatkala ‘Arsy berada di atas langit-langit. Ia berfirman : ”Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang berada di atas langit ?” Karena sesungguhnya Ia istiwaa (bersemayam) di atas ‘Arsy yang berada di atas langit, dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan ‘As-Samaa” (langit), maka ‘Arsy berada di atas langit. Bukankah yang dimaksud apabila Ia berfirman : ”Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang diatas langit ?” yakni seluruh langit ! Tetapi yang Ia kehendaki adalah ‘Arsy yang berada di atas langit”.
Untuk lebih lanjut lagi tentang keberadaan Allah di langit, saya telah bincangkan di http://ibnnajib.blogspot.com/2012/01/di-mana-allah-allah-di-langit-dengan_26.html
Saya akan menjelaskan salah satu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, yang telah hilang dari dada sebagian kaum muslimin, yaitu : tentang istiwaa Allah di atas Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya. Sehingga bila kita bertanya kepada saudara kita ; Dimana Allah ? Kita akan mendapat dua jawaban yang bathil bahkan sebagiannya kufur..! :
1. Allah ada pada diri kita ini ..!
2. Allah dimana-mana di segala tempat !
Jawaban yang pertama berasal dari kaum wihdatul wujud (kesatuan wujud Allah dengan manusia) yang telah dikafirkan oleh para Ulama kita yang dahulu dan sekarang. Sedangkan jawaban yang kedua keluar dari kaum Jahmiyyah (faham yang menghilangkan sifat-sifat Allah) dan Mu’tazilah, serta mereka yang sefaham dengan keduanya dari ahlul bid’ah. Tamat.
Kemudian saya huraikan lagi, kenapa bacaan bismilahi tawakaltu ‘alallah, la hau la wala quwata illa billah yang
sering dilafazkan oleh orang tuan zaman dahulu sebelum masuk ke hutan
menjadi pemakai dan pelindung diri. Ia telah diterangkan dalam hadis
yang di bawah ini:
حَدَّثَنَا
عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ
أَبِي فُدَيْكٍ حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ هَارُونَ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَابِ بَيْتِهِ أَوْ مِنْ بَابِ دَارِهِ
كَانَ مَعَهُ مَلَكَانِ مُوَكَّلَانِ بِهِ فَإِذَا قَالَ بِسْمِ اللَّهِ قَالَا هُدِيتَ وَإِذَا قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ قَالَا وُقِيتَ وَإِذَا قَالَ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ قَالَا كُفِيتَ قَالَ فَيَلْقَاهُ قَرِينَاهُ فَيَقُولَانِ مَاذَا تُرِيدَانِ مِنْ رَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ
Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin
Ibrahim Ad Dimasyqi telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu fudaik telah
menceritakan kepadaku Harun bin Harun dari Al A'raj dari Abu Hurairah
bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika seseorang
keluar dari pintu rumahnya atau dari pintu tempat tinggalnya, maka dia
akan di sertai oleh dua Malaikat yang diwakilkan dengannya, jika ia
mengatakan; "Bismillah (dengan menyebut nama Allah), " maka dua malaikat
tersebut akan menjawab; "Kamu telah di beri petunjuk." Jika ia
mengucapkan; "Laa haula walaa quwwata illa billah (Tidak ada daya dan
upaya kecuali dengan kehendak Allah), " maka kedua Malaikat tersebut
akan berkata; "Kamu telah di lindungi." Jika ia mengucapkan; "Tawakaltu
'alallah (saya bertawakal kepada Allah)." Maka kedua Malaikat tersebut
akan berkata; "Kamu telah di cukupi." Beliau bersabda: "Kemudian jika
dua qarinnya menemuinya, maka kedua Malaikat tersebut akan mengatakan;
"Apa yang akan hendak kalian perbuat dari seseorang yang telah di beri
petunjuk, dan di cukupi serta di lindungi ini?." (Hadis Marfu' Riwayat
Ibnu Majah, dalam hadis ini datang dengan sanad yang terbalik kerana
terdapat Harun bin Harun bin 'Abdullah di Kalangan Tabi'ul Atba' seorang
yang daif dan menurut Ibnu Hatim, beliau sering meriwayatkan hadis
munkar kemudian ia diceritakan oleh Muhammad bin Isma'il bin Muslim bin
Abi Fudaik seorang Tabi'ut Tabi'in seorang yang shaduq yakni jujur
tetapi tidak kuat hafalannya tetapi tidak mengapa dengannya. Abdurrahman
bin Ibrahim Ad Dimasyqi pula seorang yang sering dipertikai oleh ulama
hadis tetapi ada yang mengatakan beliau seorang tsiqah)
Secara ringkasnya melalui hadis ini, kita akan dapati
bahawa telah datang beberapa keterangan yang tidak kuat tetapi tidak
mengapa beramal dengannya untuk tujuan pendinding diri iaitu:
a. Jika keluar rumah bacalah bismillah
- kerana apabila membaca bismillah, dua malaikat yang menyertai kita akan menjawab "Kamu telah di beri petunjuk."
b. Jika keluar rumah bacalah Laa haula walaa quwwata illa billah
- kerana apabila membacanya, dua malaikat yang menyertai kita akan menjawab "Kamu telah di lindungi."
c. Jika keluar rumah bacalah Tawakaltu 'alallah
- kerana apabila membacanya, dua malaikat yang menyertai kita akan menjawab "Kamu telah di cukupi."
d. Kemudian jika qarin manusia itu bertemu (untuk
membisik kepada perkara kejahatan dan waswas, dua malaikat tadi akan
bertanya kepada Qarin tersebut: "Apa yang akan hendak kalian perbuat
dari seseorang yang telah di beri petunjuk, dan di cukupi serta di
lindungi ini?."
Saya ingin memetik satu kata sahabat berkenaan ilmu salah dan pelik dengan lafaz, “itu amalan orang tua-tua”.
Awas saudaraku, jika amalan itu selari dengan syarak dan
aqidah ahlu sunah wal jamaah, teruskan amal dengan istiqamah. Tetapi
jika ia melanggar sunah dan al-Quran, wajib juga kita buang serta-merta.
Orang tua seperti kita, mereka manusia yang tidak terlepas melakukan
kesilapan. Mereka mendengar kata-kata dari ulama yang betul dan ulama
yang dusta. Orang tua-tua akan jadikan amalan yang mereka amalkan ini
sebagai amalan yang diwarisi. Agak malang bagi kita yang menjadikan
amalan salah sebagai saka dalam hidup. Sebagai peringatan terakhir, saya
bawakan hadis ini untuk renungan bersama:
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا
الْأَعْمَشُ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْجَزَّارِ عَنْ
ابْنِ أَخِي زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ
عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ
قُلْتُ لِمَ تَقُولُ هَذَا وَاللَّهِ لَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ
وَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِينِي فَإِذَا
رَقَانِي سَكَنَتْ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّمَا ذَاكَ عَمَلُ
الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَاهَا كَفَّ عَنْهَا
إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُأَذْهِبْ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Ala
telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah telah menceritakan kepada
kami Al A'masy dari 'Amru bin Murrah dari Yahya bin Al Jazzar dari anak
saudara Zainab isteri Abdullah, dari Zainab dari Abdullah ia berkata,
"Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
" Sesungguhnya mantera (jampi-jampi), azimat (wafak dan tangkal) dan tiwalah (sihir pengasih) adalah bentuk kesyirikan” Zainab
berkata, "Aku katakan, 'Kenapa engkau mengucapkan hal ini? Demi Allah!
Sungguh, mataku telah mengeluarkan air mata dan kotoran. Dan aku
bolak-balik datang kepada Fulan seorang Yahudi yang menjampiku, apabila
ia menjampiku maka mataku menjadi tenang?" Kemudian Abdullah menjawab,
'Sesungguhnya hal tersebut adalah perbuatan setan. Setan telah menusuk
matanya menggunakan tangannya, kemudian apabila orang yahudi tersebut
menjampinya maka setan menahan tusukannya. Sebenarnya cukup bagimu
mengucapkan sebagaimana yang diucapkan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam: 'ADZHIBIL BA`SA RABBAN NAASA ISYFI ANTA ASY SYAAFII LAA
SYIFAA A ILLAA SYIFAA`UKA SYIFAA`AN LAA YUGHAADIRU SAQAMAN (Wahai Tuhan
manusia, hilangkanlah penyakit, sesungguhnya Engkau Pemberi kesembuhan,
tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan efek penyakit) '." (Hadis
Riwayat Abu Daud, dalam hadis ini terdapat Yahya bin Al-Azzar, seorang
yang buruk hafalannya dan dia tidak mampu mengingati nama anak saudara
Zainab binti Muawiyyah isteri Abdullah. Hadis ini mencapai darjat hasan
kerana di akhir hadis ini terdapat doa kesembuhan orang yang menjenguk
pesakit iaitu hadis penguat dari hadis sahih Bukhari, Muslim, Ahmad,
Ibnu Majah, Tirmizi dan lain-lain. Doa tersebut adalah hadis mutawatir )
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Komentar Disini