Posted by Unknown on Selasa, April 14, 2015 in Islami | No comments
Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang
kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka
dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang
saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini.
Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling
malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang
singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki
oleh Islam. Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang
masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat
beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Di
kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah
dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman
Allah yang bermaksud :
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)
Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang
tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak
dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik
perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan
fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam
yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan
mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat
orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh
digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan
hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi. Begitu juga bagi wanita yang
memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi
gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan
ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah
ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat
Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah
yang bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)
Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga
loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang
melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan
tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai
gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan
tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang
lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.
Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik
perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya,
maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah
wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas
alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi
masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara
logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup
aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya. Mungkin disebabkan
sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut
orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti
ia menjadi dosa.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Komentar Disini