Posted by Unknown on Minggu, April 12, 2015 in Islami | No comments
Izrail,
salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah
tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam.
Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa
makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu
mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah
berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.
Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan
kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah
Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah
seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya
Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama
seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka,
“Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian
Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih
agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian
Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun,
Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut
lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan,
sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi
kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat
dijangkau dengan mudah olehnya.
Tanda-tanda kematian seseorang
100 hari sebelum kematian:
Ini
adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas ArasyAllah.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya
berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di
antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
Apabila Izrail mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikatJibrail akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak
itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa
apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka
datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang
mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin
itu dengan berkata:
“Tidak
ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang
ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.
Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik
saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim
dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
“Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan
ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak
yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.
Apabila
gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan
Allah”.
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik
saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya
rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.
Tempat tinggal roh
Abu Bakar R.A. telah
ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka
berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
Telah
bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Komentar Disini